Wednesday, July 18, 2007

Helikopter Nuri Terhempas 2007




Helikopter Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia bersama enam anggota terhempas berdekatan terowong Genting Sempah, Genting , Pahang pada hari Jumaat 14 Julai 2007 ketika dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Sungai Besi menuju Pangkalan Udara Kuantan , Pahang. Helikopter itu dilaporkan hilang pada jam 9.15 pagi , kira-kira 10 minit selepas berlepas.Helikopter itu terputus hubungan dengan Menara Kawalan TUDM pada jam 9.35 pagi ketika sedang melalui Genting Sempah - Janda Baik, Pahang.


Bangkai pesawat ditemui melalui gerakan darat di sebuah lurah dalam, 5km dari Genting Sempah pada jam 1.24 petang pada hari Selasa, 17 Julai 2007, setelah lima hari dilaporkan hilang. Bangkai pesawat itu ditemui 3 km dari pintu terowong Genting Sempah di bahagian Selangor, berhampiran Lebuh raya Kuala Lumpur - Karak. Laporan JPA3 menyatakan helikopter itu ditemui di kaki Gunung Bunga Buah, dalam lembah dengan cerun kira-kira 90 darjah dan keadaan hutan di situ tebal.

Enam jenazah yang ditemui bersama helikopter Nuri itu dibawa keluar dan diterbangkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kejadian.
Enam anggota tentera udara yang terkorban ialah :

Juruterbang Kapten Nor Azlan Termuzi(29).Beliau ialah anak saudara Timbalan Ketua Polis Negara , Datuk Mohd Najib Abdul Aziz.
* Pembantu juruterbang Kapten Nor Intan Asykeen Mohd Arof(27)
* Sarjan Khusnizam Ariffin (kuartermaster udara)(34)
* Sarjan Mohd Azmie Md Yassin ( 35)
* Laskar Udara Kanan Saifulizam Alias (28)
* Laskar Muhammad Ridzuan Ahmad (27)


Helikopter Nuri mendarat di padang bolasepak HKL pada pukul 3.45 petang .Enam buah ambulans menunggu di tepi padang.Mereka dipercayai meninggal dunia pada hari kejadian berdasarkan tubuh yang telah reput dan masih melekat pada kokpit helikopter.


Al-Fatihah...untuk mereka yang terkorban..mudah-mudahan mereka tergolong dlm golongan orang-orang yang bertaqwa...AMIN..


Sesungguhnya peristiwa ini telah membuatkan aku lebih muhasabah diri...rase semakin takut untuk menghadapi hari perhitungan nanti..kerana semakin byk amanah yg dipegang, makin tinggi pangkat dan makin byk harta kita tentunya hitungannya akan lebih detail dan lebih lama...aduhai bimbang rase hatiku untuk menempuhinya...mudah-mudahan ALLAH permudahkan....amin..


"Sesungguhnya ALLAH tidak melihat rupa paras dan harta benda kamu tetapi ALLAH melihat hati dan amalan-amalan kamu" - Maksud hadith

No comments: