Monday, July 30, 2007
My grandfather
Aku sayang atuk aku…mudah-mudahan dia tergolong dlm golongan org2 yg beriman dan bertaqwa…amin..Al-Fatihah..
Sunday, July 29, 2007

Aku mmg dah lama teringin nak cari dia ni…aku pun tak pasti kenapa …aku nak sgt jumpa dgn dia ni…dlm aku cari2 member lama…ada gak aku jumpa bebdk star yg lain dlm friendster, tapi aku gumbira sgt bila berjaya jumpa dia..kenapa ye?..hmm entahla…
Setelah dok ber emel ,sms,chating…maka terbongkarlah rahsia bhw aku first love dia..ia buat aku terkejut plus suka hati time tu..sbb aku dah lama dok pikir…aku ni first love sape ek?aku excited sgt bercerita ngan dia..namun tiba2 aku terasa dia seakan menjauhkan diri….dia ade kate dia pun ada try cari aku dulu tp tak jumpa,dia keliru ngan perasaan dia sendiri terhdp aku..
Barangkali aku pun ada silap juga…aku bercerita ngan dia mcm aku ni masih lagi bdk2 kecil..gelak2..padahal aku dan dia masing2 dah besar dan baligh…mana bleh mcm tu…ada batasan yg perlu dijaga.walaupun kitorg cuma contact jarak jauh je…jumpa cuma sekali..tu pun time raye tahun lepas.
Dan dia semakin menjauhkan diri..dan senyap seribu bahasa…birthday aku pun dia tak hingat nak wish…takpela…aku mmg doa apa yg terbaik utk aku dan dia…klu dia bkn jodoh aku…aku mmg minta dia jauhkan diri. Aku sgt takut dia clash ngan awek dia,datang kepada aku..sedangkan aku sendiri tak pasti perasaan aku pd dia…cinta @ sekadar sayang pada seorg kawan.. namun aku tetap gembira kerana hasratku utk satukan balik kami bertiga telah berjaya.. :) Fikri,muntazam dan aku
Aku harap persahabatan kami tak terputus, sama2 berjaya dunia dan akhirat..dan sama2 dapat masuk syurga dgn redha ILAHI..
Tuesday, July 24, 2007
EL..

Sunday, July 22, 2007
Mencari dan mengenal diri..

Seorg sahabatku pernah menyampaikan kata2 arwah atuknya "Kenali diri merata-rata maka akan kenal ALLAH yang Esa"
Aku sendiri kurang pasti, adakah aku sudah cukup kenal diri aku sendiri...aku masih tercari2 identiti diriku sendiri walaupun dah lebih 26 tahun aku mengecap nikmat hidup di dunia ini..aku masih tak pasti..
Waktu aku sekolah dulu, aku seorg yg pendiam, muka serius je,tak suka berkawan dgn lelaki krn aku rasekan tak perlu dan bisa buat hatiku tidak tenang..namun setelah keluar universiti dan masuk ke alam pekerjaan..aku rase aku menjadi lebih terbuka berbanding dulu..lebih peramah dan lebih ceria..mak aku kata dia suka aku yg sekrg...kekdg aku rase ok ke aku yg sekrg..sbb kekdg aku dok excited bercerita sampai terlupa yg aku ni dah besar...mn bleh slumber2...byk perkara perlu dijaga..lbh2 lagi dgn yg bukan mahram...kekdg byk juga perkara lagha yg aku buat..dan kemudian aku sesal...
Moga ALLAH sentiasa pelihara aku dlm iman agar sentiasa mentaati-Nya, semakin kenal diri dan Tuhan :)
Saturday, July 21, 2007
Wednesday, July 18, 2007
Helikopter Nuri Terhempas 2007

Enam anggota tentera udara yang terkorban ialah :
* Pembantu juruterbang Kapten Nor Intan Asykeen Mohd Arof(27)
* Sarjan Khusnizam Ariffin (kuartermaster udara)(34)
* Sarjan Mohd Azmie Md Yassin ( 35)
* Laskar Udara Kanan Saifulizam Alias (28)
* Laskar Muhammad Ridzuan Ahmad (27)
Helikopter Nuri mendarat di padang bolasepak HKL pada pukul 3.45 petang .Enam buah ambulans menunggu di tepi padang.Mereka dipercayai meninggal dunia pada hari kejadian berdasarkan tubuh yang telah reput dan masih melekat pada kokpit helikopter.
Just a beginning..
Ni first blog aku selain friendster..yg dah lama aku tak update itu...mungkin blog ni tempat aku meluah rase yg mana dpt mengurangkan ganguan ketenteraman awam berbanding akaun friendster yg membuatkan kawan2ku mengalami tekanan perasaan setiap kali aku update blog..krn ia bisa memenuhkan mailbox mereka dgn menyatakan aku telah mengupdate blogku itu..huhu..
